Realisme merupakan perspektif dominan dalam mengkaji hubungan antarabangsa terutamanya pada abad ke-20, lebih - lebih lagi pada masa Perang Dunia pertama sehingga dengan pasca Perang Dunia kedua, dan Perang Dingin. Ramai penulis yang mengeluarkan dasar-dasar pemikiran Realisme, di antaranya dapat di kenalpasti iaitu seperti Thucydides dalam karya Peloponnesian War(460- 406SM), Sun Tzu dalam The Art of War, Thomas Hobbes dalam Leviathan (1588- 1679), dan Niccolo Machiavelli dalam The Prince(1469-1527). Pada perkembangan lebih lanjut, muncul Realis lain seperti E.H.Carr, Hans Morgenthau, Schelling, dan Kenneth Waltz pada akhir1930-an.
Secara umumnya, perspektif Realisme dapat dijelaskan dalam beberapa prinsip yang menentukan sesuatu tindakan dan keputusan yang diambil oleh aktor antarabangsa. Bentuk konflik dan kerjasama yang berlaku di antara aktor adalah dalam suasana dunia yang bersifat anarki, iaitu dalam satu keadaan huru-hara yang tiadanya sesebuah kerajaan agung yang mampu mengenakan peraturan antarabangsa. Isu-isu keselamatan adalah isu yang penting dan paling berpengaruh bagi sarjana pendekatan ini.
Pertama, negara atau state adalah aktor utama dalam politik antarabangsa. Realis menganggap bahawa negara merupakan satu-satunya unit terpenting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa dan setiap tindakan yang diambil. Dalam pendekatan Realisme, hubungan antara negara adalah saling berkaitan dalam sistem negara antarabangsa. Hubungan yang terjalin antara negara-negara boleh di tentukan oleh kepentingan masing-masing dalam masyarakat antarabangsa Negara adalah organisasi yang tertinggi kerana mempunyai ciri-ciri dan kepentingan tersendiri. Realis juga menganggap bahawa aktor bukan negara kurang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan negara.
Konsep kedua dalam pendekatan Realisme adalah state merupakan aktor yang unitary, hanya iaitu negara ialah unit yang satu-satunya dalam menghadapi dunia luar yang dianggap bersifat anarki. Realis berpendapat bahawa state atau negara ialah satu unit yang berintegrasi, state mempunyai satu dasar atau pandangan
sebulat suara terhadap sesuatu masa dan isu-isu tertentu. Perbezaan pandangan adalah tidak penting, yang penting bagi state adalah masalah mampu diselesaikan oleh negara tersebut. Realis menganggap bahawa isu negara adalah isu penting, manakala isu berkaitan dengan bukan state iaitu isu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan sukarela, atau individu-individu adalah kurang penting dalam pengamal perspektif Realisme ini.
Pendekatan Realisme dalam konsep ketiga adalah state adalah bersifat rasional. Hal ini adalah disebabkan Realis berpendapat bahawa state adalah sentiasa bertindak rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Matlamat semua negara adalah berpegang pada prinsip memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko atau kerugian negara. Hal ini kerana, Realis menganggap bahawa demi mencapai kepentingan negaranya, state harus bertindak rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam menghadapi dunia yang anarki ini . Dunia anarki inilah yang mendorong state supaya sentiasa bertindak berdikari tanpa bergantung pada orang lain dalam membuat keputusan.
Sifat dunia yang anarki di sini bermaksud ketiadaan satu kuasa yang agung dan mampu membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan sesuatu negara. Jadi, state harus bertindak secara sendiri dalam memastikan negara tidak menanggung risiko besar dan membawa kepada peperangan atau konflik sesama sendiri atau dengan negara lain .Chamil Wariya mentakrifkan bahawa konflik antarabangsa sebagai konflik yang melibatkan dua negara atau lebih yang berpendirian bertentangan. Hal ini berlaku kerana kedua-dua negara itu mengejar matlamat - matlamat yang bercanggah mengenai isu - isu tertentu dan jika masalah tidak di selesaikan dengan baik, akan menyebabkan hubungan antara kedua- dua pihak tegang sehingga boleh mencetuskan peperangan sekiranya tidak di kawal .

0 comments:
Post a Comment